Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Saturday, 31 October 2015

Definisi Organisasi

Definisi Pengurusan

Terdapat banyak definisi yang diperkenalkan oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan. Antara definisi yang ringkas dan mudah difahami ialah pengurusan melibatkan proses perancangan, penyusunan, pengarahan dan pengawalan usaha-usaha ahli-ahli organisasi dan menggunakan semua sumber organisasi secara cekap dan berkesan bagi mencapai matlamat organisasi.

 Definisi Organisasi

Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang berkerja bersama-sama untuk mencapai matlamat individu, kumpulan dan organisasi itu sendiri. Dalam erti kata lain organisasi ini ialah satu unit sosial di mana manusia didalamnya akan sentiasa berhubung dan berkomunikasi dalam menjalan peranan.

Di dalam sesebuah organisasi memerlukan penyatuan usaha pekerja bagi menjamin pencapaian matlamat. Sekiranya tiada penyatuan dan perpaduan di kalangan mereka maka aktiviti dan operasi organisasi ini tidak akan berjalan dengan lancar kerana halangan-halangan ini. Hubungan yang baik dan mantap dapat menjamin pergerakan organisasi yang lebih dinamik, sempurna dan tersusun. Penyelarasan melalui peraturan dan prosedur yang dibuat dapat meningkatkan hubungan antara satu fungsi dengan satu fungsi yang lain dan diantara individu.

Dalam organisasi ini selalunya, pengurusan atasan sesebuah organisasi akan menentukan halatuju organisasi tersebut melalui penetapan tujuan, matlamat, dan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Organisasi di sini tidak sahaja tertakluk kepada syarikat perniagaan, bahkan ia merangkumi syarikat bukan untuk, badan kerajaan, badan berkanun, badan bukan berkanun, organisasi bukan untung, persatuan, kelab dan pelbagai konfigurasi kumpulan manusia

Thursday, 22 October 2015

Kesan-Kesan Masyakat Majmuk Terhadap Hubungan Etnik di Malaysia


Kewujudan kepelbagaian etnik yang harmoni di negara ini telah menjadikan Malaysia sebuah negara yang unik dan dikagumi oleh negara-negara luar. Ini telah menimbulkan persoalan apakah kesan-kesan yang di hadapi oleh masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Antara cabaran yang dihadapi untuk mengimbangi rakyat Malaysia yang berbagai etnik ini adalah dari segi ekonomi, politik dan sosial.

Pada abad ke-18, orang asli, orang melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak ialah penduduk yang mendominasi  Tanah Melayu dan Kepulauan Borneo. Pada masa itu jumlah migrasi dari luar seperti pendatang dari Sumatera Indonesia sangat terhad dan tidak menjejaskan corak masyarakat kerana kaum pendatang ini daripada rumpun bangsa yang sama.

Bagaimanapun setelah kedatangan dan campurtangan kerajaan British ke Tanah Melayu menyebabkan kemasukan kaum-kaum dari negara lain seperti kaum cina dan india bagi membantu penjajah British melakukan perlombongan bijih timah, perladangan, perdagangan dan pembinaan. Begitu juga kejadian di Sabah dan Sarawak kaum-kaum ini  dibawa masuk untuk tujuan yang sama. Hasil dari kemasukan kaum-kaum lain maka wujudlah etnik Melayu, Cina dan India di Tanah Melayu manakala di Sabah dan Sarawak di kenali sebagai kaum bumiputera. Kesemua etnik-etnik ini diperakui dan diberi hak di bawah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan Persekutuan 1957 dan 1963.

Dari segi ekonomi sejak zaman penajajahan British lagi ekonomi Tanah Melayu didominasi oleh etnik Cina. Ini dapat dilihat di mana etnik ini lebih maju dan tinggal di bandar berbanding etnik Melayu yang tinggal di kawasan pendalaman. Sehingga hari ini boleh di lihat di mana ekonomi Malaysia dipelopori oleh etnik Cina. Sebagai contoh negeri-negeri yang maju dari segi ekonominya seperti Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Bagi mengelakkan perasaan tidak puas hati dari etnik lain, kerajaan telah menubuhkan agensi-agensi seperti PERNAS dan MARA bagi membantu etnik Melayu dari segi pinjaman, lesen dan kontrak pekerjaan.

Dari segi politik pula, pada asalnya telah wujud pelbagai parti politik dari kaum masing-masing bagi memperjuangkan nasib atau masa depan kaum masing-masing. Bagi etnik Melayu menyokong Parti UMNO atau PAS, etnik Cina MCA manakala etnik India menyokong parti MIC. Sungguhpun begitu parti-parti ini telah bergabung kecuali parti PAS menjadi parti PERIKATAN yang bernaung di bawah kata frasa Barisan Nasional. Walaupun terdapat pelbagai rancangan bagi memecahbelahkan masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik dengan semangat patriotisma dan kematangan etnik-etnik ini rancangan-rancangan ini menemui jalan buntu. Ini adalah bukti bahawa penyatuan ketiga-tiga parti utama ini memberi kesan yang positif.

Dalam aspek sosial pula pertemuan atau perhubungan antara etnik sangat terhad dan hanya berlaku sewaktu aktiviti jual beli. Ini menyebabkan sikap perkauman semakin menebal dan perpaduan tidak dicapai. Pada tahun 1971, kerajaan memperkenalkan konsep kebudayaan nasional bagi memupuk masyarakat pelbagai etnik menerima dan saling menghormati antara satu sama lain. Kebudayaan Melayu menjadi asas bagi memupuk semangat perpaduan di kalangan etnik-etnik lain. Di samping itu, kerajaan juga mewujudkan Jabatan Perpaduan Negara dan KEMAS untuk meningkatkan perpaduan dalam masyarakat Malaysia yang pelbagai etnik ini.

Kesimpulannya bukan mudah untuk menyatukan dan menyesuaikan kaum yang pelbagai dalam sesebuah negara. Pelbagai konflik antara kaum yang timbul harus ditangani dengan bijak dan sesuai untuk semua kaum. Dengan itu Malaysia dilihat sebagai salah sebuah negara yang berjaya menyatupadukan seluruh rakyatnya yang terdiri dari berbilang kaum dan agama.




Sunday, 28 June 2015

Fakta Menarik Tentang Hot Wheels


Co-founder Mattel, Elliot Handler mengarahkan Jack Ryan pencipta Barbie untuk membangunkan modal kereta mainan atau lebih dikenali die-cast cars bagi syarikat mainan itu. 
Apabila Elliot ternampak kereta klasik Hot Rod milik Harry Bradley pereka bentuk kereta Chevrolet, beliau sangat teruja sambil menyebut " Man those are some hot wheels!". Ayat ini menarik perhatian Jack Ryan lalu menamakan syarikat kereta mainan itu "Hot Wheels"
Pada tahun 1968, Hot Wheels memperkenalkan 16 modal kereta berskala 1:64. Modal kereta ini menjadi popular dan dalam masa setahun "Hot Wheels" menerajui industri die-cast.

2 Faktor utama yang dipegang oleh Mattel dalam mencipta kereta mainan:

Kelajuan - Bagi memastikan kereta bergerak dengan laju dan lancar, tayar Hot Wheels dibuat daripada "lubricated plastic"

Warna yang Menarik - Untuk menarik perhatian orang ramai warna yang digunakan sama dengan warna kereta sebenar iaitu metalik dan di gilap sehingga berkilat.

5 Perkara Menarik Mengenai Hot Wheels

1.  Jualan Hot Wheels dalam sehari di United States mencecah 275,000 ribu buah kereta.     Ini bermakna dalam sebulan mencecah 8,250,000 juta buah kereta!!!

2. Koleksi-koleksi Hot Wheels ini boleh bernilai hingga $1 million.

3. Harga mainan ini tidak berubah sejak tahun 1968 iaitu $1 sahaja. (only in usa)

4. Jason Selebriti barang kemas Beverly Hills mencipta barangan kemas berupa Hot Wheels dalam saiz 1:64 dan di nilaikan berharga $140,000. Jason mencipta kereta ini bagi menyambut ulang tahun Hot Wheels ke 40 dan keluaran yang ke 4 billion. Pada tahun 2008 kereta ini telah dilelong.

5. Sekiranya semua keluaran Hot Wheels dalam masa 4 dekad ini di susun dari hadapan hingga belakang ianya boleh mengelilingi dunia sehingga 4 kali.


Sistem Operasi Telefon Mudah Alih