Thursday, 22 October 2015

Ciri-Ciri Masyarakat Majmuk



Setelah kemasukan migran dari negara luar seperti negara China dan India, lahirlah masyarakat yang berbilang yang terdiri dari kaum cina, india dan melayu di tanah melayu. Dengan ini timbul beberapa konflik di dalam masyrakat ini seperti masalah sosio-ekonomi dan politik. Sepertimana menurut J.S Furnivall bahawa masyarakat majmuk ini hidup bercampur tetapi tidak bersatu. Mereka ini hidup dalam sistem politik yang sama namun masing-masing mempunyai pegangan kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah dari segi kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan, kontrak sosial dan wujud satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik.  Demi menjaga hubungan etnik di Malaysia penerimaan kontrak sosial telah dipersetujui bersama. Bahasa Melayu diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia namun masyarakat Malaysia diberi hak dalam pendidikan bahasa ibunda mereka.
Dari segi agama, masyarakat majmuk di Malaysia bebas untuk mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam di beri status sebagai agama rasmi negara. Agama islam yang lazimnya di anuti oleh kaum melayu, manakala kristian pula kebanyakannya di anuti oleh kaum Serani, Cina, India, Kadazan-Dusun di Sabah manakala Iban di Sarawak. Bagi agama Hindu pula pada lazimnya di anuti oleh kaum India. Agama Budhha, Konfusios dan Taois pula di anuti oleh kaum Cina yang tidak beragama kristian. Meskipun kumpulan-kumpulan etnik ni berlainan agama dan kepercayaan, mereka hidup dalam keharmonian dan persefahaman yang kuat. Konsep yang diamalkan di Malaysia ini ialah akomodasi di mana hubungan di antara etnik saling menyesuaikan dan bebas mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan. Masyarakat di Malaysia tidak lari dari berkongsi sesuatu perayaan yang bakal tiba. Kehangatan dan kemeriahan suasana perayaan turut dirasai oleh seluruh masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, apabila perayaan Hari Raya Aidilfitri yang disambut oleh masyarakat melayu islam yang mengamalkan rumah terbuka. Etnik-etnik yang bukan beragama islam turut menyambut baik perayaan ini dan turut serta dalam acara rumah terbuka ini. Acara ini secara tidak langsung mengukuhkan hubungan sesama mereka. Bagi sambutan Kemerdekaan pula, dapat melahirkan semangat patriotism dan saling berkerjasama.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian tradisi mengikut kaum masing-masing. Sebagai contoh baju kurung dan baju melayu merupakan pakaian tradisi masyarakat melayu manakala cheongsam pula pakaian tradisi kaum cina. Bagi kaum india pula pakaian tradisi mereka ialah sari. Walaupun bagaimana pun pada masa ini kita boleh perhatikan pakaian tradisi setiap kaum tidak semestinya di pakai khusus oleh kaum asal. Sebagai contoh di tempat kerja ada juga wanita kaum india atau cina memakai baju kurung.
Kesimpulannya, sejak pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia telah mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum, ras, etnik dan bangsa. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat resam dan bahasa di samping itu menjadikan negara ini menjadi tarikan masyarakat luar.



No comments:

Post a Comment

Sistem Operasi Telefon Mudah Alih