Setelah kemasukan migran dari negara luar seperti negara
China dan India, lahirlah masyarakat yang berbilang yang terdiri dari kaum
cina, india dan melayu di tanah melayu. Dengan ini timbul beberapa konflik di
dalam masyrakat ini seperti masalah sosio-ekonomi dan politik. Sepertimana
menurut J.S Furnivall bahawa masyarakat majmuk ini hidup bercampur tetapi tidak
bersatu. Mereka ini hidup dalam sistem politik yang sama namun masing-masing
mempunyai pegangan kebudayaan, agama, bahasa, idea dan kaedah sendiri.
Ciri-ciri masyarakat majmuk di Malaysia ialah dari segi
kepelbagaian budaya, pemisahan fizikal, pengenalan kaum melalui pekerjaan,
kontrak sosial dan wujud satu kumpulan etnik yang dominan dari segi politik. Demi menjaga hubungan etnik di Malaysia
penerimaan kontrak sosial telah dipersetujui bersama. Bahasa Melayu diiktiraf
sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia namun masyarakat Malaysia diberi hak
dalam pendidikan bahasa ibunda mereka.
Dari segi agama, masyarakat majmuk di Malaysia bebas untuk
mengamalkan agama dan kepercayaan masing-masing walaupun Islam di beri status
sebagai agama rasmi negara. Agama islam yang lazimnya di anuti oleh kaum
melayu, manakala kristian pula kebanyakannya di anuti oleh kaum Serani, Cina,
India, Kadazan-Dusun di Sabah manakala Iban di Sarawak. Bagi agama Hindu pula
pada lazimnya di anuti oleh kaum India. Agama Budhha, Konfusios dan Taois pula
di anuti oleh kaum Cina yang tidak beragama kristian. Meskipun
kumpulan-kumpulan etnik ni berlainan agama dan kepercayaan, mereka hidup dalam
keharmonian dan persefahaman yang kuat. Konsep yang diamalkan di Malaysia ini
ialah akomodasi di mana hubungan di antara etnik saling menyesuaikan dan bebas
mengamalkan budaya masing-masing dalam keadaan yang aman dan harmoni.
Dari segi perayaan, aktiviti kebudayaan dan makanan.
Masyarakat di Malaysia tidak lari dari berkongsi sesuatu perayaan yang bakal
tiba. Kehangatan dan kemeriahan suasana perayaan turut dirasai oleh seluruh
masyarakat Malaysia. Sebagai contoh, apabila perayaan Hari Raya Aidilfitri yang
disambut oleh masyarakat melayu islam yang mengamalkan rumah terbuka.
Etnik-etnik yang bukan beragama islam turut menyambut baik perayaan ini dan
turut serta dalam acara rumah terbuka ini. Acara ini secara tidak langsung
mengukuhkan hubungan sesama mereka. Bagi sambutan Kemerdekaan pula, dapat
melahirkan semangat patriotism dan saling berkerjasama.
Selain itu, rakyat Malaysia juga turut mempunyai pakaian
tradisi mengikut kaum masing-masing. Sebagai contoh baju kurung dan baju melayu
merupakan pakaian tradisi masyarakat melayu manakala cheongsam pula pakaian
tradisi kaum cina. Bagi kaum india pula pakaian tradisi mereka ialah sari.
Walaupun bagaimana pun pada masa ini kita boleh perhatikan pakaian tradisi
setiap kaum tidak semestinya di pakai khusus oleh kaum asal. Sebagai contoh di
tempat kerja ada juga wanita kaum india atau cina memakai baju kurung.
Kesimpulannya, sejak pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia telah mewujudkan masyarakat yang berbilang kaum, ras, etnik dan
bangsa. Ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang kaya dengan budaya, adat
resam dan bahasa di samping itu menjadikan negara ini menjadi tarikan
masyarakat luar.