Sistem operasi telefon pintar yang lebih dikenali
dengan panggilan Operating System (OS) adalah perisian yang membenarkan telefon
mudah alih mengendalikan semua aplikasi dan program dalam sesebuah telefon
mudah alih. Sistem operasi juga menjadi asas untuk semua penetapan tetapan
telefon mudah alih seperti penyambungan ke rangkaian internet, format teks,
sistem kedudukan global dan penetapan
kalendar.
Untuk lebih jelas sistem operasi mudah alih adalah
berbeza mengikut jenama telefon mudah alih. Antaranya Apple yang mempunyai
sistem operasi sendiri iaitu iOS, iOS mengendalikan peranti iPod, iPad, iPhone
dan Apple Watch. Ia hanya boleh didapati di produk Apple dan bertindak balas
kepada arahan dari hujung jari pengguna. iOS menampilkan iTunes untuk muzik dan
App Store untuk pelbagai aplikasi yang terdapat dipasaran. Salah satu faedah
sistem operasi Apple adalah berbual dalam video dan keupayaan Apple Music.
Sistem operasi Android pula dimiliki oleh Google dan dianggap sumber terbuka berbanding
sistem tertutup Apple. Dengan sistem sumber terbuka, pemaju perisian boleh
membina aplikasi dan program sehingga pengguna berpuas hati dan mendapat
manafaat yang banyak dari perisisan yang percuma.Kebanyakan pengguna Android
memetik keterbukaan sistem operasi yang membawa kepada lebih banyak pilihan
peribadi sebagai sebab untuk setia terhadap Android.
Microsoft tidak asing lagi dengan sistem
pengoperasian komputer tetapi merupakan pendatang baru untuk sistem operasi mudah
alih. Versi mereka yang terkini ialah susun atur berjubin yang mana terdapat
pada OS komputer terkini. Jubin ini boleh disusun semula dan dipindahkan
mengikut pilihan pengguna. Sistem operasi BlackBerry kurang dikenali tetapi
masih digunakan dan direka khas untuk peranti BlackBerry yang biasa digunakan
di kalangan pengguna perniagaan. Sistem operasi BlackBerry sangat digemari
kerana ciri-ciri
keselamatan yang dipertingkatkan. Ini merupakan
telefon pilihan untuk bekas Presiden Amerika Syarikat Barack Obama. BlackBerry
jauh lebih berjaya dengan sistem operasi yang memerlukan trackball (seperti
tetikus komputer) dan papan kekunci fizikal daripada peranti skrin sentuh
seperti iphone.
SISTEM OPERASI TELEFON MUDAH ALIH iOS
iOS
adalah sistem pengoperasian yang mengendalikan iPhone, iPod touch, dan iPad. Ia
adalah perisian teras yang dimuatkan pada semua peranti untuk membolehkan
mereka menjalankan dan menyokong aplikasi lain. Semasa Steve Jobs
memperkenalkan iPhone kepada umum pada januari 2007, beliau menyatakan telefon
pintar pada masa itu ialah bayi kepada perisian dengan merujuk WAP ialah
sebagai bayi internet. WAP ialah Protokol aplikasi tanpa wayar merupakan
protokol komunikasi yang digunakan untuk mengakses data tanpa wayar melalui
kebanyakan rangkaian tanpa wayar mudah alih. WAP meningkatkan spesifikasi
interoperabiliti tanpa wayar dan memudahkan sambungan segera antara peranti
tanpa wayar interaktif seperti telefon bimbit dan internet.
Apple
iOS direka berdasarkan sistem operasi Mac OS X yang dibuat untuk komputer
desktop dan komputer riba. Kit pembangunan iOS menyediakan alat yang
membolehkan pembangunan aplikasi iOS. Ianya direka untuk digunakan ke atas
semua peranti pelbagai sentuh Apple.
Sistem operasi mudah alih (iOS) menyokong input melalui manipulasi secara
langsung. Sistem ini bertindak balas kepada pelbagai gerakan isyarat pengguna
seperti mencubit, menoreh dan meleret. iPhone OS 1 memperkenalkan banyak konsep
yang kita kenal pada hari ini, antaranya meleretkan jari pada skrin sesentuh
untuk membuka kunci telefon, gerakan jari mencubit untuk zum pada skrin dan
pemberitahuan lencana.
Berikut adalah ciri-ciri Apple iOS :
- Wi-Fi, sambungan Bluetooth dan selular, bersama-sama
dengan sokongan VPN.
- Sokongan carian bersepadu, yang membolehkan carian
serentak melalui fail, media, aplikasi dan e-mel.
- Sokongan pengiktirafan isyarat menyokong - sebagai
contoh, menggegarkan peranti untuk membatalkan tindakan yang terakhir.
- E-Mel untuk menghantar dan menerima e-mel peribadi.
- Pelayar mudah alih Safari untuk melayari rangkaian
internet.
- Kamera pada bahagian hadapan dan belakang yang bersepadu
dengan keupayaan video.
- Untuk hiburan akses langsung ke Apple App Store dan
katalog iTunes muzik, podcast, rancangan televisyen dan filem yang
tersedia untuk disewa atau dibeli.
- Keserasian dengan perkhidmatan awan Apple iCloud untuk
simpanan fail peribadi.
- Pembantu peribadi Siri untuk membuat pelbagai carian
seperti restoran terdekat, translasi bahasa dan membuat panggilan telefon
dengan menggunakan arahan suara.
- Komunikasi antara platform antara peranti Apple melalui
AirDrop.
- Notes untuk menulis sebarang nota.
- Apple Pay berfungsi sebagai menyimpan data kad kredit
pengguna dan membolehkan mereka membayar barangan dan perkhidmatan terus
dengan peranti iOS.
- GPS untuk navigasi satelit serantau.
Pada
hari ini iphone menggunakan sistem operasinya yang terkini iaitu iOS 12,
beberapa ciri utama dalam iOS 12 termasuk peningkatan Siri seperti Siri
Pintasan, Reality Augmented iaitu
realiti yang mana pengalaman interektif dunia nyata ditingkatkan dengan ARKit 2
dan memberikan pengguna dan ibu bapa cara untuk memantau dan mengawal
penggunaan peranti mereka dengan Waktu Skrin. Model telefon mudah alih iphone
yang mampu menyokong sistem operasi iOS 12 ini bermula daripada model iPhone 5s
sehingga ke iPhone X.
SISTEM OPERASI TELEFON
MUDAH ALIH ANDROID
Sistem Pengendalian Android adalah OS berasaskan Linux
yang dibangunkan oleh Open Handset Alliance (OHA). Pengenalan sistem operasi
Android telah mengatasi Symbian pada suku keempat tahun 2010, yang kemudian
mendapat tempat pertama dalam carta di kalangan sistem operasi telefon pintar.
Pada asalnya sistem operasi Android telah dicipta oleh Android Inc. yang
kemudiannya dibeli oleh Google pada tahun 2005. Dengan kerjasama syarikat lain
Google membentuk Open Handset Alliance (OHA) yang diberi tanggungjawab untuk
meneruskan perkembangan sistem operasi Android.
Setiap kali OHA memperkenalkan versi Android, mereka
menamakan kod versi sistem operasi itu sempena menu pencuci mulut. Sebagai
contoh Android 1.5 dikenali sebagai Cupcake, kemudian Android 1.6 sebagai
Donut, Android 2.0 / 2.1 sebagai Eclair, Android 2.2 sebagai Froyo dan Android
2.3 yang digelar Gingerbread. Android yang terkini diperkenalkan pada 7 Ogos
2018 iaitu Android 9 Pie yang mana mempunyai beberapa ciri baru yang direka
untuk membantu memanjangkan hayat bateri telefon pintar, termasuk penggunaan
pembelajaran mesin dalam peranti untuk meramalkan aplikasi mana yang akan
digunakan sekarang, dan aplikasi mana yang tidak akan digunakan sehingga perlu
digunakan kemudian. Pie juga mempunyai Shush ciri yang secara automatik
meletakkan telefon anda dalam mod “Jangan Ganggu” apabila anda menghidupkan
skrin telefon anda pada permukaan yang rata. Terdapat juga Slice yang
menyediakan versi aplikasi yang lebih kecil di dalam Carian Google, menawarkan
fungsi aplikasi tertentu tanpa membuka aplikasi sepenuhnya.
Sistem pengoperasian asas Kernel Android adalah
berdasarkan sistem Linux tetapi telah diubahsuai untuk mengikut arahan Google.
Ianya tidak mempunyai sokongan untuk perpustakaan GNU dan ia tidak mempunyai
sistem X Windows asli. Di atas kennel Linux terdapat satu set perpustakaan
termasuk pelayar rangkaian sumber terbuka seperti webkit dan library libc.
Perpustakaan ini digunakan untuk bermain dan merakam audio dan video. SQLite
adalah pangkalan data yang berguna untuk penyimpanan dan perkongsian data
aplikasi. Perpustakaan SSL bertanggungjawab untuk keselamatan internet dan
sebagainya.Di dalam kernel Linux juga terdapat pemandu untuk paparan, kamera,
memori flash, papan kekunci, WiFi dan audio. Kernel Linux berfungsi sebagai
abstraksi antara perkakasan dan perisian lain pada telefon pintar. Selain itu
ia juga menguruskan perkhidmatan sistem teras seperti keselamatan, pengurusan
memori, pengurusan proses dan susunan rangkaian.
- Pelayar bersepadu, berdasarkan enjin WebKit sumber
terbuka
- Grafik 2D dan 3D yang dioptimumkan, penyambungan
multimedia dan GSM
- SQLite
- Kamera
- GPS
- Kompas
- Akselerometer
- Stor Penyimpanan
- Kesambungan: GSM / EDGE, IDEN, CDMA, Bluetooth, WI-FI,
EDGE, 3G, NFC, LTE, GPS.
- Pesanan: SMS, MMS, C2DM (untuk mesej antara peranti),
GCM (Google boleh menghantar mesej)
- Sokongan bahasa
- Panggilan video
- Tangkapan skrin
- Sokongan media streaming
SISTEM OPERASI MUDAH ALIH
MICROSOFT
Sistem operasi mudah alih yang dibuat oleh Microsoft
dinamakan Windows Mobile. Selepas perubahan yang diperkenalkan oleh Apple (iOS)
dan Google (Android) pada tahun 2007, Microsoft memutuskan untuk mengambil arah
baru dan mewujudkan Windows Phone. Sama seperti alternatif lain,
seperti iOS dan Android, Windows Phone adalah sistem operasi untuk telefon
pintar. Ia biasanya digunakan pada peranti skrin sentuh, dan menawarkan fungsi
seperti rangkaian, sensor dan integrasi kamera. Windows Phone menggunakan
antara muka pengguna yang dihasilkan oleh Metro (UI) yang mencerminkan dan
bergantung pada antara muka (interface)
seperti jubin yang diperkenalkan dengan sistem desktop. Skrin utama telefon
menyerupai menu permulaan desktop. Untuk mencari dan memuat turun aplikasi,
muzik, video dan podcast, pengguna boleh pergi ke Windows Phone Marketplace.
Pada tahun 1996 Windows CE telah dilancarkan oleh Bill
Gates dan menjadikan asas kepada sistem operasi mudah alih Microsoft di masa
hadapan. Model peranti mudah alih yang digunakan pada waktu itu ialah HP 320 LX
daripada Hewlett Packard yang dirujuk sebagai PC Handheld iaitu PC kecil, mudah
alih dan menyerupai komputer riba kecil berbanding peranti mudah alih yang kita
gunakan sekarang. Pada hari ini Windows
menampilkan sistem operasi yang terkini iaitu Windows 10 yang mana ia
menyediakan Platform Windows Universal (UWP) baru yang membenarkan aplikasi
dibina dan dijalankan menerusi semua peranti Windows 10, sama ada desktop,
mudah alih, atau konsol. Penyelarasan antara peranti juga diperbaiki sebagai
contoh, pemberitahuan yang diberhentikan pada desktop akan dimansuhkan secara
automatik di telefon bimbit juga.
Antara ciri-ciri sistem operasi mudah alih Windows ialah:
- Cortana, pembantu maya yang berasal dari permainan video
Halo, rakan sejawatan Microsoft kepada Siri Apple.
- Integrasi dengan Microsoft Exchange, SharePoint, Skype
untuk Perniagaan dan Office 365 untuk persekitaran perusahaan.
- Rantai Mesej.
- Outlook Mobile untuk akses e-mel yang menyokong pelbagai
perkhidmatan e-mel.
- Internet Explorer (IE).
- The Hub, ciri-ciri yang menyelaraskan kandungan peribadi
dan atas talian. Sebagai contoh, People Hub untuk penghubungan media
sosial dan saling berhubungan dengan Hub Permainan untuk XBox Live.
- Perisian pengiktirafan suara.
- Enjin carian Bing.
Namun pada Oktober 2017, naib presiden korporat
Microsoft Joe Belfiore mengesahkan
bahawa disebabkan oleh penguasaan pasaran yang rendah dan kekurangan
pembangunan oleh pihak ketiga, Microsoft tidak akan lagi menjual atau
mengeluarkan peranti Windows Mobile baru manakala peranti yang sedia ada akan
menerima pembaikan pepijat dan kemaskini keselamatan sahaja.
SISTEM OPERASI MUDAH ALIH
BLACKBERRY OS
BlackBerry OS adalah sistem operasi mudah alih yang direka
khusus untuk peranti BlackBerry oleh Research In Motion (RIM) pada tahun 1999.
BlackBerry OS boleh didapati pada telefon mudah alih varian Blackberry seperti
siri BlackBerry Bold, Curve, Pearl and Storm. BlackBerry OS direka mengikut
keperluan telefon pintar dan paling dikenali dengan sistem sokongan yang kukuh
untuk e-mel internet Push. Fungsi e-mel push ini dilakukan melalui BlackBerry
Enterprise Server (BES) yang mana mempunyai versi untuk Microsoft Exchange,
Lotus Domino dan Novell Groupwise. Berbeza dengan sistem operasi mudah alih
yang lain seperti Android, Microsoft Windows Mobile dan Symbian boleh berfungsi
pada pelbagai jenama telefon mudah alih, BlackBerry OS hanya boleh beroperasi
pada telefon BlackBerry sahaja sama seperti iOS Apple.
RIM melancarkan sistem operasinya yang pertama pada alat
kelui dan bukannya telefon pintar. Pada masa itu sistem operasi mereka hanya
menawarkan e-mel, agenda, kalendar dan akses HTML yang terhad. Kemudian pada tahun 2000 versi
kedua BlackBerry OS adalah kejayaan besar daripada versi pertama mereka yang
mana sistem operasi telah dipindahkan dari alat kelui dua hala ke format PDA
dan keupayaan platform telah meningkat
termasuk e-mel, pelayar rangkaian, agenda, kalendar, nota dan juga
permainan. Pada tahun 2008 Blackberry memperkenalkan OS 5 yang menawarkan aplikasi e-mel yang lebih baik,
pemantau fail, pelarasan hubungan tanpa wayar, integrasi Gmail, Peta BlackBerry
dan banyak lagi. BlackBerry OS 5 juga merupakan sistem operasi RIM yang pertama
dengan sokongan untuk peranti skrin sentuh.
Pada 27 September 2010, BlackBerry memperkenalkan sistem
operasi mudah alih baru mereka iaitu BlackBerry OS 10. Sistem operasi
BlackBerry 10 ini digunakan pada model tablet
BlackBerry PlayBook dan telefon pintar BlackBerry Z10. Pada tahun 2015,
RIM memperkenalkan telefon pintar model BlackBerry Priv slider dan BlackBerry
DTEK50 yang dioperasikan oleh Android.
Mereka memutuskan semua telefon bimbit pada masa akan datang semuanya
berasaskan Android.
Antara ciri-ciri BlackBerry OS 10 adalah seperti berikut:
- Picture Password - Tidak seperti telefon pintar jenama
lain yang menggunakan cap jari untuk membuka kekunci telefon, BlackBerry
OS 10 menggunakan kata kunci bergambar yang mana pengguna hanya perlu
memindahkan satu digit ke kawasan tertentu pada skrin. Dalam kes ini,
pelbagai digit dijana secara rawak setiap kali dan setiap kali digit yang
dikehendaki dipindahkan dari tempat yang berbeza pada skrin.
- Photo and Video Stories - Fungsi yang mencipta cerita
berdasarkan media video atau gambar yang tersimpan dalam memori telefon.
- Pengaktifan mood senyap tanpa menekan sebarang butang
pada telefon, pengguna hanya perlu menterbalikan skrin telefon pada meja
tanpa sebarang gerakan tambahan.
- Blackberry Protect -Menyimpan semua mesej, nombor
hubungan dan fail-fail lain ke simpanan Cloud yang hanya boleh diakses
oleh pemilik.
- Blackberry Balance - direka untuk pengguna yang menggunakan komunikator yang sama untuk tujuan kerja dan peribadi. Fungsi ini adalah untuk mencapai keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi.
CADANGAN
Berdasarkan kajian yang telah dibuat mengikut perkembangan
semasa, adalah dicadangkan agar pihak syarikat mempertimbangkan untuk memilih
telefon pintar yang menggunakan sistem operasi Android. Jika
ingin dibandingkan dengan tiga sistem operasi yang lain, pencabar utama kepada
Android ialah iOS iPhone. Ini adalah kerana sistem operasi Windows dan
Blackberry tidak mempunyai daya saing dari pengemaskinian terkini. Seperti yang
dinyatakan di atas, Windows telah menamatkan keluarannya pada tahun 2017
manakala Blackberry OS berakhir dengan OS 10 pada tahun 2013.
Kelebihan besar Android dari segi telefon mudah alih
adalah syarikat mempunyai banyak pilihan telefon telefon pintar yang berbeza
untuk dipilih antaranya Samsung, Huawei, Oppo, Vivo, Asus, Oneplus dan HTC. Ini
membuatkan pihak syarikat mempunyai lebih banyak pilihan dari segi tingkat
harga bermula RM 1000 hingga RM 3000 dan mempunyai varian yang pelbagai. Tidak
seperti sistem operasi iOS yang hanya terhad kepada iPhone sahaja yang mana
jenama ini tidak mempunyai varian yang banyak tetapi dari segi harga ianya
lebih mahal daripada jenama-jenama yang lain bermula dengan harga RM 1600
hingga RM 4099.
Aplikasi e-mel di Android dan iOS sangat mudah digunakan
dan cepat disediakan. Anda boleh melaraskan beberapa akaun e-mel dan melihatnya
dalam peti masuk tunggal jika diinginkan. Android dan iOS juga mempunyai
pelbagai aplikasi e-mel pihak ketiga yang tersedia . Walau bagaimanapun, Gmail
adalah aplikasi e-mel yang lebih kuat daripada 'iOS Mail. Oleh kerana Gmail
adalah sistem alamat e-mel yang paling popular di dunia adalah lebih releven
untuk menggunakan aplikasi Gmail. Pengguna juga boleh menambah alamat e-mel
dari pembekal yang berbeza di Gmail dengan mudah.
Untuk perkhidmatan penyimpanan awan (Cloud Storage), Apple
agak ketinggalan dalam simpanan cloud dan fail sandaran secara automatik.
Google Drive menawarkan 15GB secara manakala iOS cuma menawarkan 5GB dengan
iCloud dan ia hanya berfungsi pada Windows, Mac dan iOS. Jika pengguna
memerlukan lebih banyak ruang tambahan, Google Drive adalah yang paling murah
pada iaitu USD 2.00 sebulan untuk 100GB bersamaan USD 24.00 untuk setahun.
Untuk kekal kompitetif Apple menurunkan
harga dengan menawarkan USD 1.00 sebulan untuk 50GB. Kedua-duanya menawarkan
1TB untuk USD 10.00 sebulan.Simpanan Cloud Android lebih mudah digunakan dan lebih
berkesan daripada iCloud. Pengguna boleh menggunakan Google Drive di iPhone,
sedangkan iCloud hanya iOS sahaja.
Dari segi penawaran applikasi tambahan, Android menawarkan
ribuan pilihan applikasi tambahan di dalam Play Store yang mana kebanyakannya
boleh dimuat turun dengan percuma manakala bagi aplikasi yang berbayar ianya
lebih murah berbanding App Store Apple. Aplikasi yang ditawarkan dalam App
Store juga tidak banyak pilihan serta kebanyakan aplikasi tambahan perlu
dibeli. Dengan konsep sumber terbuka
Android juga membolehkan pengguna mengakses kedai aplikasi pihak ketiga
seperti App Store Amazon. Tidak cukup dengan itu Android juga membenarkan
pengguna untuk memuat turun aplikasi sampingandengan memasukkan fail manual
APK. Dengan ini kita boleh melihat dari segi aplikasi Android tidak membataskan
penggunaan aplikasi dari pihak ketiga jika dibandingkan iOS yang mengutamakan
hak pemilikan aplikasi untuk iPhone sahaja.
Untuk perbandingan kualiti paparan skrin teknologi yang
paling dominan digunakan dalam pembuatan paparan skrin mudah alih pada hari ini
ialah IPS LCD dan OLED dan beberapa teknologi lama seperti TFT masih digunakan
dalam model spesifikasi rendah yang lebih murah. Majoriti telefon mudah alih
moden samada yang murah atau yang paling mahal menggunakan LCD IPS, ini
termasuk model iPhone dari varian iPhone 8, iPhone Xr, iPhones X, Xs, dan Xs
Max menjadi satu-satunya iPhone yang dilengkapi OLED setakat ini. Bagi telefon
Android, kebanyakan OEM memilih IPS berbanding OLED untuk majoriti peranti mereka,
kecuali jenama Samsung. Kini, kedua-dua IPS LCD dan OLED mempunyai kelebihan
dan kelemahan mereka sendiri. Dari segi teknikal, OLED adalah teknologi
terunggul di atas tiga sebab iaitu:
- Ia lebih jimat penggunaan kuasa bateri. Dengan paparan OLED, setiap piksel menyala secara individu, bermakna paparan tidak memerlukan lampu latar aktif untuk menerangi keseluruhan skrin apabila ia dihidupkan.
- Ia mempunyai sudut pandangan yang lebih baik. Paparan IPS yang lebih tinggi seperti yang dilihat dalam iPhone hampir boleh memadankan OLED dalam hal ini walaupun perbezaannya yang ketara.
- Ia mengeluarkan cahaya yang kurang. Ini amat penting untuk orang ramai yang menghabiskan banyak masa di luar dan tidak mahu apa-apa silauan menggangu pengalaman tontonan mereka.
Dari segi harga, IPS LCD mengatasi OLED yang mana ia lebih
murah. Oleh itu ia masih digemari oleh kebanyakan pengeluar telefon pintar.
Seperti yang dinyatakan di atas, panel IPS yang berkualiti boleh menawarkan
sudut pandangan dan menerbitkan warna sama seperti skrin OLED. Adalah
diingatkan bahawa anda tidak boleh mengharapkan telefon berharga murah untuk
menawarkan kualiti paparan yang sama seperti telefon yang mahal hanya kerana ia
menggunakan teknologi yang sama. Untuk ini, seperti iPhone telefon pintar
Android turut menggunakan LCD IPS kecuali Samsung dan ini dapat dinilai
walaupun material LCD skrin untuk iPhone dan Android adalah sama namun kualiti
paparan masih berbeza mengikut harga telefon masing-masing.
KESIMPULAN
Kesimpulan yang dapat dibuat ialah di antara keempat-empat
sistem operasi yang dijelaskan di atas, pengeluar-pengeluar sistem operasi
tersebut telah bersaing dengan sengit sehingga ada yang mengundurkan diri
daripada dunia sistem operasi mudah alih. Namun
sehingga hari ini sistem operasi Android dan iOS masih mampu bertahan dan
semakin maju ke hadapan. Ini adalah kerana kedua-duanya mempunyai peminatnya
tersendiri dan permintaan terhadapnya sentiasa stabil. Antara sebabnya ialah,
Android mempunyai pelanggan yang tetap daripada pelbagai pengeluar telefon
pintar seperti Samsung, Huawei dan Vivo. Pengeluar telefon Android ini
mempunyai model telefon dari yang mampu milik sehingga model yang eksklusif
seperti Samsung Note 9 dan Huawei Mate 20 Pro. Ini membantu pengguna untuk
membeli mengikut kemampuan masing-masing.
Tidak seperti iOS yang hanya terdapat pada telefon pintar
mereka sendiri iaitu iPhone yang mana jenama telefon ini diketahui umum dari
segi harganya yang mahal dan hanya boleh dimiliki oleh orang yang berpendapatan
besar. Dengan menggunakan iPhone sahaja sudah cukup melambangkan imej pemakai
kerana ia merupakan barangan mewah. Namun dari segi penggunaan aplikasinya
sangat terhad kerana setiap aplikasi dikenakan bayaran. Dari segi keserasian
dengan Windows juga sangat terhad yang mana jika pengguna mempunyai fail atau
data untuk dipersembahkan, pengguna terpaksa menggunakan peranti seperti
komputer riba Apple untuk mengeluarkan maklumat tersebut. Saranan saya untuk
keperluan syarikat adalah lebih sesuai untuk memilih telefon pintar Android
jenama Samsung. Ini adalah kerana Samsung mempunyai banyak pilihan varian
seperti Note, Galaxy dan S. Tingkat harga untuk telefon pintar Samsung juga
mempunyai banyak pilihan dan ini dapat menjimatkan perbelanjaan syarikat.